Feeds:
Posts
Comments

Archive for September, 2010

Hari ini sudah masuk 20 Shawal, bermakna sudah 20 hari juga Ramadhan meninggalkan kita. Harapnya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin buat semua.

Baru hari ini juga saya berpeluang untuk menonton video ceramah “Taste Ramadhan, Again and Again” oleh Sheikh Yasir Qadhi yang merupakan salah seorang tenaga pengajar institut pengajian Islam yang terbesar di Barat tidak lain tidak bukan AlMaghrib Institute.

(more…)

Advertisements

Read Full Post »

Mama Allahu Akbar Aish Ngan..

Aish dah hampir mencecah setahun sepuluh bulan.  Setiap hari, ada sahaja perkembangan baru. Makin hari makin bijak anak mama seorang ni.

Jika dibandingkan dengan sepupu-sepupu yang lain, Aish mula bercakap lebih awal dan butir-butir katanya biasanya boleh dikatakan jelas jika tidak pun pelat sedikit.  Di waktu ini, dia sudah mula belajar mencantum-cantum perkataan untuk membina ayat yang lengkap.

Terbaru, waktu kami pulang ke JB (rumah tok ma).  Alkisah, mama ajak Aish ikut solat di bilik sementara Adam di tingkat bawah bersama bibik.  Usai sahaja mama menunaikan rukun Islam kedua itu, Aish berkata, “Mama Allahu Akbar ngan Aish.”  Wah-wah, kagum sungguh mama. Siap dengan conjunction “ngan” itu yang tahan tu.  Tak lama selepas itu, kami turun ke bawah. Aish sekali lagi mengulang ayat yang hampir sama tapi kali ini bunyi begini, “Mama Allahu Akbar Aish ngan.”  Allah, tergelak sendiri mama. Entah macam mana “ngan” nya dah pindah ke hujung pula.

Malam semalam pula, Aish gembira dapat kasut raya Ben 10 yang mama baru belikan.  Sampaikan tidur pun masih dengan kasut di kaki.  Dalam pada mamai-mamai hendak tidur, tiba-tiba Aish berkata, “Mama untuk beli kasut Aish.”  Maksud sebenar dia “Mama beli kasut untuk Aish.” Sekali lagi mama tergelak sendiri. Ada-ada sahaja keletah abang long seorang ni 🙂

Read Full Post »